Hi dan Assalamualaikum.
Kenapa kita perlu website ?
Zaman dah maju ni, di mana semuanya di hujung jari, sangat lah digalakkan untuk peniaga untuk membuat website kerana ia boleh me-market-kan bisnes anda dengan lebih meluas. Kenapa ?
1. Menarik pelanggan baru ke bisnes anda dan jana lebih banyak sales.
- Website tidak pernah mati dan tersedia selama 24/7/365. Ia berfungsi sebagai penyokong bisnes anda sekiranya bisnes anda tutup ataupun anda pergi bercuti.
- Website membantu anda untuk merujuk pesaing anda dan membuat rujukan untuk menambah idea untuk bisnes anda.
- Kebanyakkan orang, lebih suka untuk search secara online tentang produk yang mereka ingin beli. Jika anda tidak mempunyai website, tiada peluang untuk mer-market-kan bisnes anda secara maya.
2. Tambahkan kredibiliti kepada bisnes
- Mempunyai website yang baik akan meningkatkan kredibiliti anda sebagai bisnes yang sah. Ramai orang lebih mempercayai bisnes yang mempunyai website. Kerana, terdapat review, testimoni dan informasi yang lebih jelas tentang bisnes anda.
- First impressions akan dikira, dan website membolehkan bisnes anda untuk mendapat strong impressions dengan pengenalan bisnes anda.
- Website membantu untuk kepakaran anda dilihat dan dapat meletakkan bisnes anda dengan lebih baik. Ia juga boleh menjadi platform untuk menonjolkan bisnes anda di khayalak ramai.
3. Menjimatkan masa
- Sama ada email, calls atau pertanyaan akan memakan masa sekiranya anda tidak mempunyai website.
- Website dapat menjimatkan masa anda dengan memberikan jawapan kepada pertanyaan customer dengan lebih pantas.
- Tidak perlu ulang informasi yang sama kepada semua pelanggan. Hanya berikan mereka link website anda, untuk melihat bisnes anda.
Kesimpulannya, anda memerlukan website dan lebih mudah jika anda membuatnya sekarang. Walaupun tidak setiap orang memerlukan website, tapi saya sudah terangkan mengapa setiap perniagaan memerlukan website. Peluang besar dan cerah untuk mebantu mengembangkan perniagaan anda.
Sekiranya anda ingin bisnes anda menjadi lebih berjaya, website adalah keutamaan anda. Mudah untuk menjadi bisnes yang profesional dan mendapat lebih recognition daripada ramai orang. Get a website! Boleh hubungi saya jika ingin membuat website untuk bisnes anda.