Hi dan Assalamualaikum.
Aku beli laptop zaman 2017 dan sampai 2020 aku tak pernah tukar laptop lain. Dalam jangka masa tu, obviously la laptop aku akan slow dan kadang-kadang menda tu boleh datang kan kemarahann! HAHAHA. Kalau nak on (boot) laptop pon lembap, nak on application lagi la haramm lembap nya. Tapi disebabkan aku rasa every problem akan ada solution, so aku cari la cara-cara macam mana nak laju kan balik laptop aku.
-
Aku delete temporary files.
Temporary files tu fail yang sementara yang akan store data informasi dan lain-lain bila kita guna sesuatu application. So, ia selamat untuk di delete tapii jangan delete time application tu tengah digunakan. Contohnya, tengah guna Photoshop, pastu hang gi delete temp files. Haaa, memang boleh hilang la data nya, pastu crash. Jangan di buat, kang nangis kat bucu katil. Siann…
Okay, so bila aku check folder temp, memang banyak files yang tak berguna kat situ… so, disebabkan tak guna aku buang je laaa. Huh, trash! Dah la tak berguna pastu melembap kan laptop aku hahaha.
-
Disk Cleanup C: Drive
Okay, disk cleanup ni ada juga untuk delete temporary files tapi lagi banyak dia boleh clean kan which is System Files. Termasuk cache webpages, and item dekat Recycle Bin. Disk Cleanup ni, dia akan check berapa banyak items yang tak diperlukan yang telah ‘makan’ storage. So, just tick je semua hehehe
NAK TAU STEP DENGAN LEBIH DETAILS, BOLEH TONTON VIDEO https://www.youtube.com/watch?v=40EAPMuF3-w&t=9s
-
Defrag kan disk
Defragment ni dia berfungsi untuk meletakkan file-file yang berkaitan ke lokasi sepatutnya dengan lebih teratur. Biasanya, kalau dah banyak file, and file tu boleh terr letak di tempat lain dan menyebabkan laptop slow sebab ‘makan’ banyak ruang.
-
Update OS Windows
Yang ni aku selalu jugak buat… Kalau laptop aku macam slow, macam dah siput. Aku tau dah.. ni mesti Windows keluar kan patch baru huhuhu. Nak taknak, aku akan update jugak sebab patch-patch tu biasanya boleh settle any bugs or problem untuk windows. Dan release kan new interface, fungsi dan sebagainya.
-
Upgrade RAM
RAM ni dia boleh cepat kan proses ‘read and write’ ke storage. So nya, kalau nak guna kan application yang berat or nak main game… Guna lah ram yang besar 4GB – 8GB sudah memadai. RAM tu boleh dipasang sendiri dengan syarat, cek dulu details pasal laptop korang. Berapa slot RAM boleh guna….. Dan before beli RAM, tengok dulu jenis RAM yang sesuai dengan laptop.. Jangan main beli je, kang tak support.. habis gitu je duit nanti hahaha. Details RAM laptop yang digunakan, boleh tengok dekat https://www.cpuid.com/softwares/cpu-z.html . So, make sure cek dulu compatibility RAM dan laptop.
-
Upgrade HDD kepada SSD
Cuba cek laptop korang.. Adakah pakai HDD atau SSD ? SSD ni lagi laju berbanding daripada HDD. Lagi cekap dan efisien berbanding HDD. SSD ni, mempunyai latency yang rendah dan data akan diproseskan dengan lebih cepat apabila di ‘assign’ kan. Bukan dari segi tu, ia jugak akan naikkan prestasi kelajuan boot up dan jugak gaming. Tapi tu laaa, SSd mahal sikit dari HDD tapi berbaloi untuk dibeli.
Kalau nak laptop laju, pakai la dua-dua. Hahaha Kalau application yang berat macam Photoshop or game, boleh letak dekat SSD, and kalau gambar or lagu or video boleh letak dalam HDD je.
-
Cuci Dalaman (Hardware) – Servis Laptop
Okay yang ni, sebenarnya kena buat dalam 6 bulan sekali. Hantar servis ke kedai untuk buang habuk dan tukar thermal paste. Kalau dah lama tak servis, thermal paste boleh kering dan menyebabkan laptop jadi slow.
Tu je step and perkara yang aku buat untuk lajukan laptop sendiri. Kalau tak jadi jugak, cara terakhir ialah format je la laptop.