Hi dan Assalamualaikum. Post kali ini adalah berkaitan design website secara local.
Website adalah salah satu cara untuk mempromosikan bisnes dan secara tidak langsung meningkatkan jualan anda. Mendapat audience yang lebih besar dan pantas dengan carian di laman web. Selain daripada itu, ia memudahkan anda untuk menyampaikan informasi yang spesifik dan bermanfaat tentang bisnes dan produk anda kepada pengguna atau pelanggan tertentu. Jadi, adalah amat penting untuk belajar membuat website untuk bisnes anda. Kebanyakkan website pada masa kini, menggunakan WordPress sebagai cara yang paling mudah untuk membina website. Tiada pengalaman dalam coding pun boleh buat. Kerana, ia lebih kepada design. WordPress dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antara nya plugin, template, database dan sebagainya. Jadi, saya akan menunjukkan cara bagaimana anda boleh belajar men-design website menggunakan WordPress secara local tanpa menggunakan domain dan hosting.
Kenapa website penting ? Tekan sini
Dua software yang diperlukan untuk membuat website secara localhost iaitu Xampp dan juga WordPress file. Ramai students yang menggunakan Xampp sebagai sebagai server local untuk menyokong data-data website ataupun projects. Xampp boleh berfungsi sebagai hosting tapi tidak boleh diakses oleh orang ramai. Ini lah dikatakan, website offline.
Perkara ni, sangat membantu pelajar-pelajar untuk polish dan improve kan skill.
Boleh tonton video dibawah (tekan link) untuk belajar membuat website menggunakan website secara local tanpa perlu keluarkan modal bayar domain dan hosting.