Nurul Syahmina | Website Designer Pahang

Custom Your Tote Bags & Mugs at ourcache.com

Website Salespage Malaysia – Portfolio Produk Kesihatan

Website Salespage Malaysia - Portfolio Produk Kesihatan

Hi dan Hola!

Untuk post kalini, just nak share latest portfolio Website Salespage untuk produk kesihatan. Klien nak fokus untuk campaign bagi produk mereka dan memastikan setiap pelawat membeli produk mereka.

Apa itu Salespage?

Salespage ialah satu page yang dibuat dengan mengambil kira untuk tujuan tertentu iaitu untuk menjamin jualan bagi produk anda. Produk atau perkhidmatan yang anda jual di website anda boleh berbeza bergantung pada industri atau niche anda. Walau bagaimanapun, tujuan salespage anda tetap sama – membuat pelawat bertukar menjadi pelanggan.

Flow Salespage untuk klien tersebut adalah seperti gambar rajah dibawah:-

Website: https://campaign.goyaheal.com/

 

#1 Landing Page

Page: https://campaign.goyaheal.com/step/campaign-goyaheal/

Segala maklumat berkaitan dengan produk akan diterangkan pada landing page termasuk, testimoni, kandungan bahan produk, kelebihan atau manfaat produk.

#2 Checkout Page

Page: https://campaign.goyaheal.com/step/goyaheal-checkout/

Setelah pelawat membaca kesemua maklumat pada landing page dan tetarik untuk membuat pembelian, mereka akan menekan butang yang disediakan Claim Now untuk mendapatkan diskaun barang tersebut. Seterusnya, website akan membawa pelawat ke Checkout page untuk membuat pembayaran.

#3 Thank You Page

Page: https://campaign.goyaheal.com/step/goyaheal-thank-you/

Apabila pembayaran berjaya dilakukan, ia akan redirect kepada Thank You Page untuk mengucapkan terima kasih kepada pembeli.

Boleh lihat website flow secara live penuh pada https://campaign.goyaheal.com/

 

Owner atau staff yang menguruskan website tersebut, boleh melihat setiap details order yang dilakukan pada website.

Sangat la mudah untuk uruskan bisnes sekiranya anda mempunyai Website Salespage. Ia memudahkan pelawat untuk membuat pembelian pada website dan juga memudahkan anda – tak perlu guna WhatsApp yang akan melambatkan proses convert pelawat menjadi pelanggan. Bakal pelanggan pun tak perlu menunggu anda untuk membalas WhatsApp dan boleh membuat pembelian terus melalui website.

Berminat untuk membuat website? Boleh hubungi saya, Syahmina – Website Designer & Developer untuk perbincangan lanjut tentang website yang anda impikan!

https://wa.me/message/SLFFQ2AQTNMEF1