Nurul Syahmina | Website Designer Pahang

Custom Your Tote Bags & Mugs at ourcache.com

Sistem SPBT Pinjaman Pemulangan Buku Teks 2.0

SISTEM SPBT PINJAMAN PEMULANGAN BUKU TEKS 2.0

Holla!

Post kali ini nak share tentang Sistem SPBT Pinjaman Pemulangan Buku Teks 2.0. Dulu sistem macam ni dah pernah buat (boleh rujuk post sebelum ni SISTEM SPBT PINJAMAN BUKU TEKS), cuma ada buat penambahbaikan untuk sistem sedia ada atas permintaan klien saya sendiri. Sistem ni dibangunkan oleh saya dan rakan saya, Madihah Hannani pada dua bulan lepas.

Secara amnya, sistem ini untuk menyusun data-data buku peminjaman dan pemulangan murid dengan lebih teratur. Kadangkala, sangat susah untuk menyimpan data secara manual (pen dan kertas), dan juga susah untuk menjejak data-data sedia ada. Sekiranya ada murid yang kehilangan buku, susah untuk mencari nombor perolehan buku tersebut. Selain itu juga, jika ada buku yang dijumpai di merata-rata tempat persekitaran sekolah, susah untuk tahu kepunyaan buku tersebut. Oleh itu, sangat la mudah menyimpan data di dalam sesebuah sistem. Hanya memerlukan internet sahaja untuk akses.

Sistem ini dibuat khas untuk SK Bandar Teknologi Kajang yang boleh digunakan oleh admin sekolah dan juga ibu bapa. Admin hanya masukkan data guru, subjek, buku dan murid. Manakala ibu bapa akan masukkan data-data buku nombor perolehan anak mereka.

Fungsi Sistem – Admin

  • Tambah, lihat, kemaskini, padam guru.
  • Tambah, lihat, kemaskini, padam subjek.
  • Tambah, lihat, kemaskini, padam buku.
  • Tambah, lihat, kemaskini, padam murid.

Fungsi Sistem – Ibu Bapa

  • Tambah dan lihat nombor perolehan buku anak/pelajar.

 

Sedikit perkongsian gambar sistem (development stage)

Ibu bapa perlu masukkan nombor kad pengenalan anak dan mereka sendiri untuk tujuan pengesahan. Ini untuk mengelakkan pengguna tanpa izin menceroboh masuk data-data pelajar.
Admin akan masukkan emel/username dan kata laluan untuk tujuan pengesahan sebelum mengisi data-data pelajar.
Contoh halaman Buku Murid. Di sini terletak nya simpanan buku-buku kepunyaan murid. Abaikan nama-nama pelik tu, sebab yang ni hanya ‘screenshot’ development stage.
Data murid boleh dimasukkan menggunakan Excel sahaja. Ini akan menjimatkan masa admin. Tidak perlu memasukkan satu-satu data, boleh terus masukkan kesemua data menggunakan fail Excel sahaja.

 

Jika berminat dengan sistem spbt ini, boleh hubungi saya melalui bysyahmina.com/bio