Nurul Syahmina | Website Designer Pahang

Custom Your Tote Bags & Mugs at ourcache.com

goodbye

Al-fatihah kepada wan Hasmah Binti Julai yang pergi menghadap ilahi pada 15/5/2022 – sepuluh hari selepas menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama di kampung.

Masih segar di ingatan memori-memori bersama arwah nenek tercinta. Setiap kali musim cuti sekolah dan cuti semester universiti, pasti akan menemani wan di kampung selama seminggu. Wan tak lekang menyambut, melayan cucu-cucunya.

Tiada lagi panggilan masuk daripada โ€˜Wan ๐Ÿ˜ปโ€™. Tiada lagi soalan-soalan yang boleh dilontarkan kepada insan bernama Wan.

Wan sihat ke?
Wan makan apa?
Wan sorang je ke?
dan juga penceritaan seorang cucu kepada neneknya.

Berjuraian air mata saya tika menulis โ€˜warkahโ€™ ini. Setiap senyuman, bait perkataan si arwah berlegar-legar di minda ๐Ÿ™‚.

Makanan kegemaran; terung, kuih kepit hidung, kukus melaka pasti akan wan sediakan jika cucunya rindu nak merasa air tangannya.

Tak sangka, permegian yang tidak diduga amat memberi kesan mendalam kepada jiwa ini. Tiada tanda. Tiada selamat tinggal diucapkan oleh arwah sebelum meninggalkan kami. Salaman terkahir yang ku-cium pada malam 3/5/2022 ๐Ÿ™‚. Selamat tinggal, wan.