Cara Buat Link WhatsApp Dengan Auto Mesej. Hai, harini saya nak kongsikan cara untuk buat link WhatsApp berserta auto mesej dengan MUDAH dan SIMPLE.
Ada dua kategori untuk WhatsApp link iaitu dengan menggunakan nombor peribadi atau nombor bisnes.
Nombor Bisnes
Jika anda adalah pemilik bisnes, saya mengesyorkan untuk menggunakan WhatsApp For Business. WhatsApp For Business ni memang direka untuk tujuan bisnes dan banyak kemudahan yang diberi. Sebagai contoh, mesej automatik, letak label untuk setiap chat atau kenalan, profil bisnes dan sebagainya. Antara salah satu kelebihannya adalah, boleh Buat Link WhatsApp Dengan Auto Mesej.
- Dekat bahagian atas WhatsApp, tekan titik tiga dan kemudian tekan Business Tools
- Skrol ke bawah sekali dan tekan Short Link
- Anda akan masuk ke dalam Short Link, dan ON kan Message supaya anda boleh letak auto mesej di situ. Selepas itu, klik Share Link untuk dapatkan Link WhatsApp Dengan Auto Mesej.
Nombor Peribadi
Sekiranya anda menggunakan nombor peribadi dan WhatsApp Biasa, kelebihan untuk mempunyai Short Link tidak tersedia. Jadinya, anda perlu menggunakan WhatsApp Link provider yang lain.
- Pergi ke Walink [Tekan Sini]
- Skrol ke bawah, sehingga anda jumpa ‘form’ untuk masukkan informasi WhatsApp Link
- Masukkan nombor telefon dan automatik mesej. Kemudian tekan “Generate my wa.link”
- Selepas itu, anda dah boleh Copy Link!
Kongsikan jika post ini membantu anda.