Nurul Syahmina | Website Designer Pahang

Custom Your Tote Bags & Mugs at ourcache.com

Cara Guna GitHub Dengan VS Code

Guna GitHub Dengan VS Code

Cara Guna GitHub dengan VS Code. Sekiranya anda berada dalam industri development, maka, kemungkinan besar anda pernah dengar tentang GitHub, perkhidmatan hosting repositori untuk Git. Jadi, apakah kelebihan utama yang anda dapat daripada menggunakan GitHub?

 

Jadi apakah faedah utama menggunakan GitHub?

  • Dokumentasi
    Dengan menggunakan GitHub, memudahkan anda untuk mendapatkan dokumentasi yang sangat baik. Bahagian bantuan dan panduan mereka mempunyai artikel untuk hampir semua topik yang berkaitan dengan git.
  • Mempamerkan kerja anda
    Adakah anda seorang developer/programmer dan ingin menarik ‘recruiters’? GitHub adalah platform terbaik yang anda gunakan untuk ini. Zaman sekarang ni, kalau nak mencari developer baru untuk projek mereka, kebanyakan syarikat melihat profil GitHub. Sekiranya profil anda bagus, anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk direkrut walaupun anda bukan dari universiti atau kolej yang hebat.
  • Jejak perubahan dalam kod
    Apabila ramai orang bekerjasama dalam projek, sukar untuk buat semakan—siapa yang mengubah code, bila dan tempat fail tersebut disimpan. GitHub menjaga masalah ini dengan menjejaki semua perubahan yang telah ditolak/push ke repositori. Sama seperti menggunakan Microsoft Word atau Google Drive, anda boleh mempunyai sejarah versi kod anda supaya versi terdahulu tidak hilang.

 

Bagaimana untuk menggunakan GitHub dengan VS Code?

Visual Studio Code adalah editor kod yang dibuat oleh Microsoft untuk Windows, Linux dan macOS. Ciri-ciri termasuk debuggingsyntax highlightingintelligent code completionsnippetscode refactoring, and embedded Git. Boleh tonton video dibawah untuk tonton Cara Guna GitHub Dengan VS Code.