Nurul Syahmina | Website Designer Pahang

Custom Your Tote Bags & Mugs at ourcache.com

Nurul Syahmina Hello 2022

Selamat tinggal kepada satu tahun yang penuh dengan kebimbangan, kekecewaan, dan kesedihan. Terdapat juga detik-detik gembira dan harapan, serta kisah-kisah yang telah memberi inspirasi kepada kita untuk terus berjalan. Pada akhir tahun ini, aku ingin mengucapkan terima kasih khas kepada keluarga dan rakan-rakan aku kerana menjadikan 2021 tahun yang hebat dan berharap untuk 2022 dengan lebih baik. P/s: Blog ni lebih kepada Manglish (Malay English).

Have I changed?!

Sepanjang tahun 2021, aku telah banyak belajar sama ada ia berjaya atau gagal tetapi kedua-duanya sebenarnya adalah pelajaran yang aku dapat dijadikan pengalaman. Aku boleh katakan bahawa aku banyak berubah mungkin kerana pemikiran aku lebih matang daripada sebelumnya. Aku pernah tidak faham banyak tentang orang lain terutamanya mereka yang agak sensitif terhadap segala-galanya sebab personality trait aku lebih kepada logical mind (Boleh tengok video ni kalau nak faham). Tapi ketika aku mengenal seseorang yang emosional, maka aku tahu pandangan mereka tentang dunia tidak sama dengan aku. Jadinya, kita perlu hormat-menghormati antara satu sama lain (kecuali yang perangai kurang ajar hahaha).

2021 Resolution?!

Sebenarnya, aku ada buat resolusi untuk tahun 2021 di mana aku nak belajar Flutter dan cantikkan UI Android Aplication MyDoa. Tapi, aku hanya mampu merancang dan Allah yang izinkan hahaha. Sebab aku dah menyimpang ke tempat lain. Aku nak fokus study dan juga bisnes. Alhamdulillah, setiap bulan akan ada manusia-manusia yang percaya untuk buat website, resume dan design dengan aku. Thank You! Ada juga resolusi aku yang berjaya aku konsisten kan, iaitu bina portfolio sendiri. Dulu, aku dapat tips kalau nak mudah dapat kerja pastikan Linkedin tu ‘hidup’. Aku pun terima nasihat tu dan waktu lapang aku akan join events yang berkaitan dengan technical skills aku. Banyak la sikit aku boleh letak dalam resume/portfolio sebagai Experience. Tak disangka-sangka aku punya gaji Internship dah melebihi gaji fresh graduate diploma, RM1.6k (takpe bagitahu gaji kat sini sebab intern je pon ahahaha). Aku terkejut woooo, pensyarah aku pun terkejut. Tak pernah-pernah student dia dapat gaji untuk Intern sebanyak tu. Alhamdulillah. Penat tapi berhasil.

That’s A Wrap On 2021!

Dalam 2021 terdapat pelbagai peluang untuk aku belajar sesuatu. Walaupun semasa pandemik dan lockdown, banyak kelemahan yang tersembunyi (lebih banyak masa dan lebih banyak tenaga). Tetapi, perkara itu tidak mendatangkan masalah kepada aku untuk terus kecapi impian (cehhh ayat takleh blah kahkahkah).

What I Learn in 2021?!

  • Design, build or maintain websites using authoring or scripting languages, content creation
    tools, management tools, and digital media
  • Document technical factors such as server load, bandwidth, database performance, and
    the browser and device types
  • Register websites with search engine to increase website traffic
  • Determine sources of web page or server problems and take action to correct such
    problems
  • Install or configure web server software or hardware to ensure that directory structure is well-defined, logical, secure and that files are named properly
  • Communicate with network personnel or website hosting agencies to address hardware or
    software issues affecting websites
  • Ai & Big Data Conferences for Data Engineers [ABCDE] Singapore
  • Get to know your customers with Google Analytics
  • Strengthen your online presence with Search Engine Optimization (SEO)
  • Maintaining awareness of the competitive market landscape, expansion opportunities, industry developments, etc
  • Assessing risks to the business and ensuring they are monitored and minimized

2022 Resolution?!

Aku tak fikir lagi.

Ok that’s it. I don’t have any idea what to write but I create my own mood board! Hahaha.

Nurul Syahmina Mood Board